Oleh Endok Sempo Tahir Ayat itu adalah lanjutan kepada ayat sebelumnya yang menegaskan bahawa orang yang beriman itu adalah bersaudara. Orang-orang yang beriman sedar bahawa konsep persaudaraan dalam Islam itu penting kepada kekuatan ummah. Ikatan persaudaraan dalam Islam haruslah diutamakan dan kedudukannya mestilah di atas ikatan lain kerana persaudaraan merangkumi aspek kasih sayang, tolong menolong tanpa diskriminasi kelas, pangkat dan kedudukan juga tanpa tipu menipu atau tindas menindas. Sabda Rasulullah SAW dalam beberapa hadis mengenai persaudaraan antaranya: "Allah membantu hamba-Nya selama mana dia membantu saudaranya." (Hadis riwayat Muslim). Daripada Abu Musa al-Asha'ri, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Orang beriman itu ibarat sebuah bangunan, setiap satu menyokong yang lainnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Penulis ialah Ahli Jawatankuasa Wanita JIM Pusat yang boleh dihubungi menerusi e-mel: wanitajim0@yahoo.com
wanitajim0@yahoo.com
JALIN PERSAUDARAAN: Rundingan damai jalan penyelesaian kepada perselisihan dan mencapai kesefahaman golongan bermusuhan. - Gambar hiasan
Islam utamakan konsep persaudaraan untuk bentuk kekuatan ummah 'BIDUK berlalu kiambang bertaut'. 'Buang yang keruh ambil yang jernih'. Demikianlah pepatah Melayu yang melambangkan kehalusan budi untuk memelihara hubungan persaudaraan serumpun bangsa. Biasanya suasana politik orang Melayu dan Islam akan tegang setiap kali pilihan raya diadakan terutama sebelum pilihan raya. Namun, sebaik saja pilihan raya selesai, kita teruskan kehidupan seperti sedia kala dan menerima realiti seadanya. Kita teruskan usaha membina martabat umat dan membaiki kehidupan kepada yang lebih baik.
Persahabatan, persaudaraan dan persefahaman terus kekal untuk membina tamadun. Pembinaan tamadun umat yang gemilang adalah agenda utama kita. Janganlah perkara remeh temeh menjadi halangan agenda besar ini.
Diriwayatkan oleh Anas, satu ketika Rasulullah SAW dijemput melawat Abdullah bin Ubay, Baginda menaiki untanya dan diikuti sekumpulan sahabat sambil berjalan. Apabila Rasulullah SAW menghampiri Abdullah bin Ubay beliau berada betul-betul di hadapan rombongan Rasulullah SAW sambil mencemuh: 'Jauhkan dirimu, demi Allah, bau untamu menyakitkan hidungku`. Lalu salah seorang sahabat daripada golongan Ansar menjawab: 'Demi Allah, bau unta Rasulullah SAW adalah lebih harum daripada baumu'. Maka pergaduhan tercetus dan turunlah ayat: "Dan jika dua puak daripada orang yang beriman berperang, maka damailah di antara keduanya." (Hadis riwayat Muslim dan Imam Ahmad).
Keutamaan menghentikan kekerasan sesama Muslim adalah daripada hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Bantulah saudaramu sama ada yang zalim atau dizalimi. Seorang sahabat, Anas terkejut lalu bertanya: Wahai Rasulullah, membantu yang dizalimi itu jelas tetapi bagaimana kami membantu mereka yang zalim? Rasulullah SAW menjawab: Bantulah dia dengan menghentikannya daripada menzalimi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
0 comments:
Post a Comment