Oleh Ir Hjh. Endok Sempo Mohd Tahir
CUMA lebih kurang dua minggu saja lagi kita akan meninggalkan Syaaban menuju Ramadan.Terasa baru sangat kita meraikan Syaaban, malahan secara adatnya bulan ini sering dikaitkan dengan dengan malam ke-15 iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, amalan membaca tiga kali surah Yassin kedengaran dimasjid, surau dan rumah. Amalan ini masih diteruskan hingga hari ini walaupun tiada nas sahih menyatakannya. Maka mengambil Nisfu Syaaban sebagai satu hari yang istimewa dan dikaitkan dengan amalan tertentu adalah tidak disyariatkan olehAllah. Lantas apa sebenarnya yang disyariatkan dalam bulan Syaaban?
Antara perkara yang disyariatkan pada bulan Syaaban ialah menjelaskan hutang puasa yang tertinggal sebelum ini. Syaaban adalah bulan melangsai hutang. Jadi apabila masuk saja bulan ini, perlulah kita mengingati hutang lama yang belum langsai terutama bagi golongan Hawa. Apakah hutang itu?
Syaaban adalah bulan qada puasa bagi sesetengah kita terutama wanita. Wajib qada puasa Ramadan yang lalu dan kita tidak boleh menundanya hingga Ramadan berikutnya jika tidak ada halangan. Jika tidak menggantikannya, wajib baginya bertaubat atas kelalaian itu dan dia tetap diwajibkan menggantikan puasa berkenaan, malahan ditambah membayar kafarat setiap hari yang ditinggalkan dengan memberikan beras kepada orang miskin. Budaya bertangguh menggantikan puasa ini bukan baru bagi kita tetapi sudah menjadi sebati dalam kehidupan umat Islam hari ini.
Malah ada yang lebih teruk, puasa yang ditinggalkan itu tidak digantikan kerana terlupa dan tidak sempat hendak diganti. Itulah alasan yang digunakan hari ini. Firman Allah bermaksud:
"Dan sekali-kali, Tuhanmu tidak lalaidaripada apa yang kamu kerjakan". (Surah Hud, ayat 123).
Namun kita masih belum terlambat untuk memperbaiki prestasi. Maka apabila sampai Nisfu Syaaban, ia patut dijadikan satu penanda jalan bagi kita untuk mengingat kembali hutang lama itu.Kita masih ada masa untuk menggantikan mana mana puasa yangtertinggal pada Ramadan lalu. Kita disunatkan untuk memperbanyakkan amalan puasa pada sepanjang Syaaban bukan hanya memperbanyakkan amal di Nisfu Syaaban saja kerana Rasulullah dulu selalu melakukannya.
Dalam kitab As-Shahihain (Shahih Bukhari dan Muslim) ada hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah, dia berkata:
"Aku belum pernah melihatRasulullah menyempurnakan puasa selama satu bulan penuh kecuali padabulan Ramadan, dan aku belum pernah melihat beliau memperbanyakkanpuasa dalam satu bulan kecuali pada bulan Syaaban".
Hikmah diperintahkan untuk memperbanyakkan puasa pada bulan Syaaban antaranya ialah sebagai persediaan mental dan fizikal untuk melatih diri membiasakan berpuasa di bulan Ramadan. Sudahkah kita memperbaiki diri sendiri untuk menghadapi Ramadan akandatang?
Syaaban satu bulan yang mengandungi rahmat, bulanpengampunan dan balasan pahala yang tinggi. Bulan ini Syaaban juga yang dikenali sebagai bulan muhasabah diri. Muhasabah diri yakni memperbaiki dan melihat kembali watak diri sendiri. Memperbaiki sifat mazmumah seperti dengki, takbur dan sombong yang semakin runcing dan menjadi amalan sebahagian daripada kita, umatIslam masa kini. Selain memperbaiki, digalakkan juga melihat kembali sifat mahmudah. Adakah kita selama 11 bulan lalu sudah memperbanyakkan amalan baik seperti ikhlas, reda dan sedekah. Tidak cukup dengan solat, puasa dan zakat tetapi masih tidak memperbaiki sifat ikhlas dan reda. Apalah maknanya solat yang banyak tetapi tidak ikhlas? Seringberpuasa tetapi turut melihat perkara yang 'syubhah'. Setiap tahun kita mengerjakan haji untuk memperlihatkan dirinya mampu dan sebagainya. Muhasabah diri kita sebelum Ramadan al-Mubarak. Bandingkan diri dengan saudara kita di seluruh dunia yang kurang kemampuan seperti di Afghanistan, Palestin, Iraq dan Kashmir. Hidup kita di sini penuh dengan nikmat dan keamanan jika dibandingkan dengan mereka. Firman Allah bermaksud:
"dan orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang yang benar(imannya); dan mereka itulah orang yang bertaqwa". (Surah Al-Baqarah, ayat 177).
Sementara itu, ada juga beberapa perkara yang tidak disyariatkan. Antaranya ialah mengkhususkan hari dan malam Nisfu Syaaban dengan melakukan puasa dan solat pada hari itu saja. Semua perbuatan itu tidak ada riwayat yang sahih daripada Rasulullah, juga tidak daripada sahabatnya. Hal itu adalah perkara yang diada-adakan. Ada hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah mengenai hal ini, katanya:
"Jika datang malam Nisfu Syaaban maka beribadatlah pada malam harinya dan berpuasa pada siang harinya, sesungguhnya Allah Taala turun pada hari itu saat matahari terbenam di langit dunia seraya berfirman: "Siapa yang meminta ampun akan Aku ampuni, siapa yangminta rezeki akan Aku beri rezeki, siapa yang sakit akan Akusembuhkan".
Penulis boleh dihubungi di e-mel wanitajim0@y..., Jawapan terhadap masalah yang berkaitan boleh dilihat diwww.wanitajimceria.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment